Wednesday, March 31, 2010

Memanjang jangka hayat laptop

Adakah anda menggunakan laptop??

Rasanya ramai yang menggunakan laptop pada zaman sekarang terutama pelajar-pelajar IPTA/IPTS. Laptop ni umpama 1 keperluan khas bagi setiap pelajar untuk siapkan assingment, report, buat research tak lupa juga layan facebook, YM dan macam-macam lagi.

Pada kali ini aku nak bagi beberapa tips bagi memanjangkan jangka hayat sesuatu laptop.


1. Jauhkan laptop dari sinaran cahaya matahari secara terus.

2. Bersihkan laptop dari habuk.

3. Pastikan hard disc tidak mengalami gegaran atau terjatuh.

4. Semasa memasukkan CD kedalam CD-ROM, pastikan tidak menyentuh pada bahagian lensa.

5. Jauhkan laptop dari kanak-kanak.

6. Gunakan beg khas laptop apabila membawa laptop keman-mana.

7. Angkat laptop dengan mengangkat pada bahagian bawah/keyboard.

8. Jangan sesekali letak benda berat pada bahagian atas laptop.

9. Jauhi laptop dari sinar X-RAY di lapangan terbang.

10. Bagi tujuan penghantaran, pastikan laptop dibungkus dengan pembalut plastik dengan pembalut plastik yang ada bonjol-bonjol (boleh bayangkan...hehehe) atau span bagi mengelakkan gegaran dan guna kotak pelindung yang kuat.

Ini adalah antara serba sedikit mengenai tips-tips bagi memanjangkan jangka hayat laptop. Bagi mengetahui lebih lanjut klik disini.

Lepas nie jaga laptop anda baik-baik. Bukan murah...mahal walaupun harganya RM1500. RM1500 tu pun duit. Bukan sikit...tapi banyak... Jangan jadi macam ni ok...