Thursday, April 29, 2010

Defraggler - menyusun semua data



Pernah defrag komputer tak??
Mungkin ada yang pernah dan ada yang tak pernah buat dan paling hebat langsung tak tau apa itu defrag.

Defragment berfungsi untuk menyusun fail-fail yang terdapat didalam komputer bagi memastikan ia dapat dicapai dengan cepat dan mudah.

Kita ibaratkan fail adalah buku dan hard disc adalah rak buku. Kalau kita menyusun buku mesti dari ruang atas. Bila kita uninstall sesuatu program menyebabkan 'buku' di 'rak' tersebut sudah kosong. Dengan menggunakan defragment ruang kosong tadi akan diisi dengan 'buku' yang lain bagi menjimatkan ruang. Sekali gus ia mudah dicapai.

Dengan menggunakan perisian Defraggler ia memudahkan kita untuk mendefrag semua data.

Apa yang best tentang defraggler??

1. Defrag dengan cepat.
2. Perisian yang ringan dan kecil.
3. Proses defrag boleh dilakukan mengikut jadual.
4. Dibantu dengan 37 bahasa.
5. Yang paling best perisian ini adalah PERCUMA.

Jadi, lepas ni tahu apa itu defragment dan gunakan perisian ini untuk mendefrag hard disc korang.

Wednesday, April 21, 2010

Converter Online


Macam mana nak convert cari mph kepada km/j??

Macam mana nak tukar dari kelvin kepada celcius?? Nak tekan calculator malasnya.

Pernah terjadi perkara semacam ini pada diri korang??
Aku ada penyelesaiannya. Gunakan converter online. Di website ini terdapat beberapa converter yang selalu digunakan seperti speed, temperature, time, acceleration dan sebagainya.

Kita cuma pilih converter yang kita nak gunakan. Sebagai contoh, kita nak convert kelajuan. Klik pada speed dan masukkan nilai pada mana-mana bahagian. Kalau nak tukar dari mph kepada km/j masukkan nilai tu pada bahagian mph dan klik convert. Serta merta jawapan yang kita nak kita dapat.

Lepas ni tak ada masalah untuk convert. Tapi ada masalah kalau tak ada internet. HEHEHE...selamat mencuba.


Monday, April 19, 2010

10 gaming computer 2010

Pernah dengar gaming computer??

Gaming computer dedifinisikan sebagai komputer yang khas untuk bermain game dan memiliki speksifikasi yang tinggi. Komputer semacam ini memang mahal dan sesuai yang gila games. Disini aku senaraikan 10 gaming computer 2010.

1. Alienware Area-51 ALX.















2. Velocity Raptor signature edition.














3. iBUYPOWER Paladin F875.















4. Alienware Aurora ALX.















5. Velocity Micro Raptor Z90.














6. iBUYPOWER Chimera 2.















7. Falcon Northwest Mach V.














8. HP Pivilion Elite.















9. Dell XPS 730x.















10. Alienware Area 51.















Kepada yang berminat bolehlah beli salah satu daripada apa yang diatas. Aku memang minat nak beli gaming komputer. Tapi bab $$$ lum mampu nak beli. HEHEHE...




Tuesday, April 13, 2010

Atube Cather - bantu anda download video dari youtube

Ada video best kat youtube tapi tak dapat nak download??
Bosan dengan software trial version...

Aku ada penyelesainya...
Atube cather akan dapat mendownload video dari youtube.


Aku tak ingat macam mana aku boleh terdownload software. Tapi bila aku pakai memang aku puas hati bila aku gunakan. Setiap kali aku download akan diberitahu masa yang diambil dan saiz video. Kita cuma copy link video yang kita nak dari youtube. Kemudian, secara automatik link tersebut akan diletakkan dibahagian source.

Kebiasaanya, aku akan delete balik link tersebut kemudian baru aku paste balik. Tujuannya, untuk mengelakkan berlakunya video yang sama kita download. Sebelum ni pun aku pernah terkena juga. Ingat bila dah copy pas tu tekan download dapat video yang kita nak. Tapi video yang sama pulak yang aku dapat.

Software ini adalah percuma dan bukan trial. So, kepada yang masih tercari-cari software untuk download video dari youtube aku sarankan pakailah software ni. Memang senang nak digunakan.

Saturday, April 10, 2010

Smallblueprint membantu design rumah

Ini adalah sample design yang telah dibuat. Ia bukan digunakan dengan menggunakan autocad atau Rhino. Tapi ia menggunakan design secara online.

Aku menggunakan SMALLBLUEPRINT bagi membuat rekaan seperti seorang arkitek. Didalam website ini kita diberi 4 pilihan iaitu design, isometric, 3D walkthrough dan print.

OK. Aku cuba bagi sedikit penerangan mengenai smallblueprint.

1. Design
Didalam ruang design, kita akan design mengikut citarasa kita. Disini kita akan diberi beberapa icon seperti wall, window dan door.

2. Isometric view.
Pada bahagian ini, kita akan dapat melihat design kita dalam pandangan isometrik. Dengan cara ini kita dapat melihat secara penuh keadaan sesuatu design.

3. Walkthrough.
Dibahagian ini pula, kita akan akan bergerak dengan mengunakan anak panah (arrow) pada keyboard untuk kita melalui setiap pelusuk ruang yang kita bina.

4. Print.
Kita boleh mencetak pada bahagian ini untuk melihat hasil design kita.

Secara keseluruhannya, kita boleh menggunakan website ini untuk membuat draf sesuatu design rumah atau sebagainya. Setelah itu, kita boleh menggunakan perisian autocad atau rhino.
SELAMAT MENCUBA.

Saturday, April 3, 2010

10 game paling mahal

Bila dikatakan dengan game banyak game yang telah kita main. Dari game susun kotak kat konsol biasa sampai ke PSP. Kalau dilihat sekarang banyak game yang telah dikeluarkan sampaikan susah nak pilih. Kalau macam aku ni memang susah pilih sebab grafik rendah. Jadi kalau main pun tersekat-sekat. Tak puas laa bila main.

Cerita pasal game ni teringat aku mula-mula beli komputer. Dapat main game FROGGER. Itulah satu-satu game yang paling best aku penah main. Masa tu game ni sudah nampak penggunaan 3D.


Pada zaman sekarang, semua game semuanya mengeluarkan game yang berkualiti tinggi dari segi persembahan, konsep permainan, tahap kesukaran dan realistic pada setiap inci dalam game tu.

Namun, kita tak tahu berapa kos yang dikeluarkan untuk menyiapkan sebuah game. Berikut merupakan 10 game paling mahal dalam penghasilan.

1. Grand Theft Auto 4 - Dianggarkan $100 Juta.
2. Grand Turismo 5 - Dianggarkan $80 Juta.
3. Shenmue - Dianggarkan $70 Juta.
4. Too Human - Dianggarkan $60+++ Juta
5. Metal Gear Solid 4 - Dianggarkan $60 Juta.
6. Halo 3 - Dianggarkan $55 Juta.
7. APB - Dianggarkan $50 Juta.
8. LA Noire - Dianggarkan $50 Juta.
9. Final Fantasy XII - Dianggarkan $48 Juta.
10. Killzone 2 - Dianggarkan $45 Juta.

Haaa...mahalkan??. Bukan calang-calang nak buat game. Macam buat filem. Tapi bila buat game ni makan masa yang lama. Bertahun-tahun. Huhuhu...