Friday, August 28, 2009

HDC lancarkan Widget direktori halal


Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) akan melancarkan widgets direktori halal pertama didunia dimana ia menyediakan maklumat mengenai maklumat syarikat dan produk halal tempatan dan antarabangsa yang diperakui oleh JAKIM pada 31 ogos.

Direktori ini diwujudkan sebagai alat promosi dan pemasaran dalam talian yang boleh dimasukkan kedalam blog atau gerbang web dengan menggunakan kod widget HDC.

Sumber: Kosmo (Jumaat, 28 0g0s 2009) (Telah diolah dari petikan)

Pada zaman sekarang kita tidak perlu risau mengenai status halal pada sesuatu produk. Dengan wujudnya widgets ini diharapkan dapat membantu pengguna dalam memilih barang yang halal sama ada didalam atau diluar negara. Usaha yang dilakukan oleh HDC seharusnya dicontohi oleh semua supaya memilih makanan dan minuman yang dijamin halal.

Oleh itu, kepada semua blogger dan juga pemilik web sama-sama kita memasang widgets ini supaya dapat membantu masyarakat Islam di Malaysia dan diseluruh dunia untuk memilih produk yang halal.

http://www.hdcglobal.com

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Semoga RAMADHAN kali memberi seribu satu keinsafan kepada kita semua. Puasa kali ini biarlah yang terbaik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya...

Pada bulan RAMADHAN yang penuh barakah ini perbanyakkan solat sunat, zikir, membaca al-quran dan amalan sunat yang lain. Jangan lupa solat terawikh plak. Banyak amalan yang kita buat pada bulan ini akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ini merupakan 'tawaran' yang terbaik yang Allah berikan kepada kita yang hanya dapat sebulan dalam setahun. Insyallah, sama-sama kita sentiasa meningkatkan amalan kita dibulan penuh barakah..