Friday, August 28, 2009

HDC lancarkan Widget direktori halal


Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) akan melancarkan widgets direktori halal pertama didunia dimana ia menyediakan maklumat mengenai maklumat syarikat dan produk halal tempatan dan antarabangsa yang diperakui oleh JAKIM pada 31 ogos.

Direktori ini diwujudkan sebagai alat promosi dan pemasaran dalam talian yang boleh dimasukkan kedalam blog atau gerbang web dengan menggunakan kod widget HDC.

Sumber: Kosmo (Jumaat, 28 0g0s 2009) (Telah diolah dari petikan)

Pada zaman sekarang kita tidak perlu risau mengenai status halal pada sesuatu produk. Dengan wujudnya widgets ini diharapkan dapat membantu pengguna dalam memilih barang yang halal sama ada didalam atau diluar negara. Usaha yang dilakukan oleh HDC seharusnya dicontohi oleh semua supaya memilih makanan dan minuman yang dijamin halal.

Oleh itu, kepada semua blogger dan juga pemilik web sama-sama kita memasang widgets ini supaya dapat membantu masyarakat Islam di Malaysia dan diseluruh dunia untuk memilih produk yang halal.

http://www.hdcglobal.com

No comments:

Post a Comment