Sunday, September 5, 2010

Google talk


Google talk merupakan sebuah perisisan untuk berbual bagi pengguna yang mempunyai akaun Gmail. Perisian ini sama dengan perisian yahoo massenger (YM). Mungkin ada dikalangan kita kurang menggunakan google talk kerana ramai yang menggunakan YM yang lebih menarik, ramai kawan-kawan menggunakan YM dan mempunyai ciri-ciri yang menarik.

Perkara yang perlu tahu tentang google talk.

Mesej berbual.

1. Mesej segera.
  • Berkongsi sesuatu perkara pada waktu sebenar.

Tuesday, August 10, 2010

Window Live movie maker


Movie Maker merupakan perisian percuma yang disediakan oleh window. Tapi, perasan tak window 7 tidak mempunyai MOVIE MAKER??. Pada mulanya aku tak perasan tapi bila check balik pada window 7 memang tak ada langsung movie maker.

Untuk itu, pada kali ini aku nak memperkenalkan perisian movie maker khas untuk pengguna Window 7 dan Window vista.

Monday, August 2, 2010

11 website untuk cipta karakter diri anda

Mungkin ada yang kurang selasa untuk menggunakan gambar di yahoo massenger, di ruang komen dan sebagainya. Sebolehnya menggunakan gambar lain sebagai menggantikan kita sendiri. Disini, ada 12 website yang dapat membantu kita untuk mencipta karekter yang boleh digunakan untuk menggantikan diri kita,


Wednesday, July 28, 2010

Cara-cara main game PS2 guna komputer



Pada masa sekarang terdapat banyak game yang telah dikeluarkan terutama untuk platform PS2. Kadang-kadang pergi rumah kawan tengah seronok layan game PS2. Kita pula jadi penonton. Mesti terfikir bila aku dapat beli PS2 ni. Dapat juga layan masa bosan-bosan.

Tuesday, July 20, 2010

Folder lock


Mencari perisian yang boleh mengunci folder korang??

Pada masa kini terdapat banyak perisian yang boleh didapati untuk mengunci folder. Antaranya perisian FOLDER LOCK. Perisian ini ringan dan boleh digunakan di komputer dan juga pendrive. Perisian ini menyokong semua rasa dari Windows 7.0, Vista, XP dan 2000.

Sunday, July 11, 2010

Mouse yang tidak dapat dilihat.



Pernah terfikir suatu hari nanti kita tak perlu menekan mouse seperti sekarang??.

Teknologi yang semakin berkembang menyebabkan satu kajian telah dibuat oleh MIT untuk mereka sebuah mouse yang menggunakan sinar laser infrared dan kamera.

Thursday, July 8, 2010

Guna pisang untuk hilang calar pada CD/DVD



CD yang calar berlaku disebabkan oleh kelalaian kita untuk menjaganya. Kebanyakkanya berpunca disebabkan CD/DVD yang tidak disimpan ditempat yang betul, CD/DVD bersepah-sepah sehinggakan anak sendiri buat main dan macam-macam lagi.

Saturday, June 12, 2010

Reka templates sendiri menggunakan blogspot

Contoh hasil blog yang telah direka.

Terbaru dari blogspot untuk blogger yang ingin reka sendiri templates untuk laman blog sekarang sudah ada. Kita tidak perlu mencari templates di website tapi dengan tawaran yang blogspot berikan mampu memberikan kepuasan pada blogger.

Sebelum ini, templates yang disediakan tidak dapat diubah, warna yang kurang menarik dan kurang pilihan. Kini, dengan membuat templates sendiri menjanjikan satu kepuasan.

Sunday, May 23, 2010

Wednesday, May 5, 2010

Komputer anda perlahan??

Virus yang banyak melambatkan operasi komputer.

Masalah komputer lambat sering kali berlaku kepada semua pengguna komputer. Terutama yang selalu online. Biasanya virus senang je nak masuk. Tapi sebab komputer perlahan bukan hanya virus je. Banyak lagi sebab yang lain. Antaranya...

1. Saiz RAM yang kecil.


Saiz RAM yang kecil sering kali membantut perjalanan sistem sesuatu komputer. Kebiasaanya, setiap kali kita on komputer berapa banyak aplikasi kita buka??. Mesti banyakkan. Buka lagu..mic. word, internet dan banyak lagi.

Bila dah banyak buka perjalanan komputer semakin perlahan. Sebagai cadangan adalah lebih baik menambah saiz RAM. Kalau kita menggunakan window vista RAM 1 GB belum cukup. Kita perlu menambah kepada 2 GB bagi memastikan perjalanan komputer lancar.

Saturday, May 1, 2010

Floppy Disc masih digunakan




Jika kita lihat pada hari ini kebanyakkan orang menggunakan pendrive sebagai tempat untuk menyimpan data kerana pendrive mampu menyimpan data dengan saiz yang besar berbanding disket.

Pada hari ini disket masih lagu digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya perniagaan, back-up data, automotif dan sebagainya.

Dibawah ini adalah beberapa orang yang menggunakan floppy disc dalam pelbagai urusan.

1. Nick Chan, Kuala Lumpur, Malaysia
I still buy and use floppies for my electronic organ and some older synthesizers. Many professional keyboardists still own older synthesizers for their unique design and sheer power.

2.Kel, Malaysia
The government here still uses floppies to process employee and employer data every month. Just imagine you have to do this every month in a year for every company in my country and there you go: a million or so floppies.

3.Peter M, Wirral, UK
A huge number of CNC [computer numerical control] machines for metalworking and manufacture use floppies because their instruction sets are small enough to fit on the disks. In these areas a floppy is far hardier than a CD or even a USB pen-drive.

4.Chris Bennigsen, Manchester
My band released our first single on a floppy as a gimmick last year. It took us quite a while to find somewhere that actually sold them anymore.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik link ini. http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/magazine/8651750.stm

Thursday, April 29, 2010

Defraggler - menyusun semua data



Pernah defrag komputer tak??
Mungkin ada yang pernah dan ada yang tak pernah buat dan paling hebat langsung tak tau apa itu defrag.

Defragment berfungsi untuk menyusun fail-fail yang terdapat didalam komputer bagi memastikan ia dapat dicapai dengan cepat dan mudah.

Kita ibaratkan fail adalah buku dan hard disc adalah rak buku. Kalau kita menyusun buku mesti dari ruang atas. Bila kita uninstall sesuatu program menyebabkan 'buku' di 'rak' tersebut sudah kosong. Dengan menggunakan defragment ruang kosong tadi akan diisi dengan 'buku' yang lain bagi menjimatkan ruang. Sekali gus ia mudah dicapai.

Dengan menggunakan perisian Defraggler ia memudahkan kita untuk mendefrag semua data.

Apa yang best tentang defraggler??

1. Defrag dengan cepat.
2. Perisian yang ringan dan kecil.
3. Proses defrag boleh dilakukan mengikut jadual.
4. Dibantu dengan 37 bahasa.
5. Yang paling best perisian ini adalah PERCUMA.

Jadi, lepas ni tahu apa itu defragment dan gunakan perisian ini untuk mendefrag hard disc korang.

Wednesday, April 21, 2010

Converter Online


Macam mana nak convert cari mph kepada km/j??

Macam mana nak tukar dari kelvin kepada celcius?? Nak tekan calculator malasnya.

Pernah terjadi perkara semacam ini pada diri korang??
Aku ada penyelesaiannya. Gunakan converter online. Di website ini terdapat beberapa converter yang selalu digunakan seperti speed, temperature, time, acceleration dan sebagainya.

Kita cuma pilih converter yang kita nak gunakan. Sebagai contoh, kita nak convert kelajuan. Klik pada speed dan masukkan nilai pada mana-mana bahagian. Kalau nak tukar dari mph kepada km/j masukkan nilai tu pada bahagian mph dan klik convert. Serta merta jawapan yang kita nak kita dapat.

Lepas ni tak ada masalah untuk convert. Tapi ada masalah kalau tak ada internet. HEHEHE...selamat mencuba.


Monday, April 19, 2010

10 gaming computer 2010

Pernah dengar gaming computer??

Gaming computer dedifinisikan sebagai komputer yang khas untuk bermain game dan memiliki speksifikasi yang tinggi. Komputer semacam ini memang mahal dan sesuai yang gila games. Disini aku senaraikan 10 gaming computer 2010.

1. Alienware Area-51 ALX.















2. Velocity Raptor signature edition.














3. iBUYPOWER Paladin F875.















4. Alienware Aurora ALX.















5. Velocity Micro Raptor Z90.














6. iBUYPOWER Chimera 2.















7. Falcon Northwest Mach V.














8. HP Pivilion Elite.















9. Dell XPS 730x.















10. Alienware Area 51.















Kepada yang berminat bolehlah beli salah satu daripada apa yang diatas. Aku memang minat nak beli gaming komputer. Tapi bab $$$ lum mampu nak beli. HEHEHE...




Tuesday, April 13, 2010

Atube Cather - bantu anda download video dari youtube

Ada video best kat youtube tapi tak dapat nak download??
Bosan dengan software trial version...

Aku ada penyelesainya...
Atube cather akan dapat mendownload video dari youtube.


Aku tak ingat macam mana aku boleh terdownload software. Tapi bila aku pakai memang aku puas hati bila aku gunakan. Setiap kali aku download akan diberitahu masa yang diambil dan saiz video. Kita cuma copy link video yang kita nak dari youtube. Kemudian, secara automatik link tersebut akan diletakkan dibahagian source.

Kebiasaanya, aku akan delete balik link tersebut kemudian baru aku paste balik. Tujuannya, untuk mengelakkan berlakunya video yang sama kita download. Sebelum ni pun aku pernah terkena juga. Ingat bila dah copy pas tu tekan download dapat video yang kita nak. Tapi video yang sama pulak yang aku dapat.

Software ini adalah percuma dan bukan trial. So, kepada yang masih tercari-cari software untuk download video dari youtube aku sarankan pakailah software ni. Memang senang nak digunakan.

Saturday, April 10, 2010

Smallblueprint membantu design rumah

Ini adalah sample design yang telah dibuat. Ia bukan digunakan dengan menggunakan autocad atau Rhino. Tapi ia menggunakan design secara online.

Aku menggunakan SMALLBLUEPRINT bagi membuat rekaan seperti seorang arkitek. Didalam website ini kita diberi 4 pilihan iaitu design, isometric, 3D walkthrough dan print.

OK. Aku cuba bagi sedikit penerangan mengenai smallblueprint.

1. Design
Didalam ruang design, kita akan design mengikut citarasa kita. Disini kita akan diberi beberapa icon seperti wall, window dan door.

2. Isometric view.
Pada bahagian ini, kita akan dapat melihat design kita dalam pandangan isometrik. Dengan cara ini kita dapat melihat secara penuh keadaan sesuatu design.

3. Walkthrough.
Dibahagian ini pula, kita akan akan bergerak dengan mengunakan anak panah (arrow) pada keyboard untuk kita melalui setiap pelusuk ruang yang kita bina.

4. Print.
Kita boleh mencetak pada bahagian ini untuk melihat hasil design kita.

Secara keseluruhannya, kita boleh menggunakan website ini untuk membuat draf sesuatu design rumah atau sebagainya. Setelah itu, kita boleh menggunakan perisian autocad atau rhino.
SELAMAT MENCUBA.

Saturday, April 3, 2010

10 game paling mahal

Bila dikatakan dengan game banyak game yang telah kita main. Dari game susun kotak kat konsol biasa sampai ke PSP. Kalau dilihat sekarang banyak game yang telah dikeluarkan sampaikan susah nak pilih. Kalau macam aku ni memang susah pilih sebab grafik rendah. Jadi kalau main pun tersekat-sekat. Tak puas laa bila main.

Cerita pasal game ni teringat aku mula-mula beli komputer. Dapat main game FROGGER. Itulah satu-satu game yang paling best aku penah main. Masa tu game ni sudah nampak penggunaan 3D.


Pada zaman sekarang, semua game semuanya mengeluarkan game yang berkualiti tinggi dari segi persembahan, konsep permainan, tahap kesukaran dan realistic pada setiap inci dalam game tu.

Namun, kita tak tahu berapa kos yang dikeluarkan untuk menyiapkan sebuah game. Berikut merupakan 10 game paling mahal dalam penghasilan.

1. Grand Theft Auto 4 - Dianggarkan $100 Juta.
2. Grand Turismo 5 - Dianggarkan $80 Juta.
3. Shenmue - Dianggarkan $70 Juta.
4. Too Human - Dianggarkan $60+++ Juta
5. Metal Gear Solid 4 - Dianggarkan $60 Juta.
6. Halo 3 - Dianggarkan $55 Juta.
7. APB - Dianggarkan $50 Juta.
8. LA Noire - Dianggarkan $50 Juta.
9. Final Fantasy XII - Dianggarkan $48 Juta.
10. Killzone 2 - Dianggarkan $45 Juta.

Haaa...mahalkan??. Bukan calang-calang nak buat game. Macam buat filem. Tapi bila buat game ni makan masa yang lama. Bertahun-tahun. Huhuhu...

Wednesday, March 31, 2010

Memanjang jangka hayat laptop

Adakah anda menggunakan laptop??

Rasanya ramai yang menggunakan laptop pada zaman sekarang terutama pelajar-pelajar IPTA/IPTS. Laptop ni umpama 1 keperluan khas bagi setiap pelajar untuk siapkan assingment, report, buat research tak lupa juga layan facebook, YM dan macam-macam lagi.

Pada kali ini aku nak bagi beberapa tips bagi memanjangkan jangka hayat sesuatu laptop.


1. Jauhkan laptop dari sinaran cahaya matahari secara terus.

2. Bersihkan laptop dari habuk.

3. Pastikan hard disc tidak mengalami gegaran atau terjatuh.

4. Semasa memasukkan CD kedalam CD-ROM, pastikan tidak menyentuh pada bahagian lensa.

5. Jauhkan laptop dari kanak-kanak.

6. Gunakan beg khas laptop apabila membawa laptop keman-mana.

7. Angkat laptop dengan mengangkat pada bahagian bawah/keyboard.

8. Jangan sesekali letak benda berat pada bahagian atas laptop.

9. Jauhi laptop dari sinar X-RAY di lapangan terbang.

10. Bagi tujuan penghantaran, pastikan laptop dibungkus dengan pembalut plastik dengan pembalut plastik yang ada bonjol-bonjol (boleh bayangkan...hehehe) atau span bagi mengelakkan gegaran dan guna kotak pelindung yang kuat.

Ini adalah antara serba sedikit mengenai tips-tips bagi memanjangkan jangka hayat laptop. Bagi mengetahui lebih lanjut klik disini.

Lepas nie jaga laptop anda baik-baik. Bukan murah...mahal walaupun harganya RM1500. RM1500 tu pun duit. Bukan sikit...tapi banyak... Jangan jadi macam ni ok...