Wednesday, May 5, 2010

Komputer anda perlahan??

Virus yang banyak melambatkan operasi komputer.

Masalah komputer lambat sering kali berlaku kepada semua pengguna komputer. Terutama yang selalu online. Biasanya virus senang je nak masuk. Tapi sebab komputer perlahan bukan hanya virus je. Banyak lagi sebab yang lain. Antaranya...

1. Saiz RAM yang kecil.


Saiz RAM yang kecil sering kali membantut perjalanan sistem sesuatu komputer. Kebiasaanya, setiap kali kita on komputer berapa banyak aplikasi kita buka??. Mesti banyakkan. Buka lagu..mic. word, internet dan banyak lagi.

Bila dah banyak buka perjalanan komputer semakin perlahan. Sebagai cadangan adalah lebih baik menambah saiz RAM. Kalau kita menggunakan window vista RAM 1 GB belum cukup. Kita perlu menambah kepada 2 GB bagi memastikan perjalanan komputer lancar.

2. Virus dan worms.

Virus dan worms yang banyak melambatkan sistem komputer. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku komputer perlu ada software anti-virus yang terkini dan selalu di update. Selain itu, kita perlu scan keseluruhan komputer bagi memastikan kehadiran virus dapat kita tahu. Jika terdapat virus didalam komputer perlu dipadam atau delete bagi mengelakkan ia merebak.

3. Perisian yang terlalu berat.

Perkara ini kadang kala sering berlaku terutama apabila install games. Kebanyakkan games pada zaman ini mempunyai grafik yang tinggi dan memerlukan kad grafik bersaiz besar. Komputer pula tidak mampu menampung grafik yang tinggi. Jika perkara ini berlaku kita cuma perlu membeli kad grafik yang baru bagi memastikan kelancaran bermain games tidak tersekat-sekat. Kalau kurang mampu untuk membeli kad grafik yang baru adalah lebih baik uninstall sahaja perisian itu.

4. Banyak data di My Document.

Perkara ni baru je aku sedar semalam bila aku check saiz data yang pada my document ada 1GB lebih. Sebagai jalan penyelesaiannya, aku memindahkan semua fail aku yang terdapat ada my document kedalam folder yang lain. Setelah siap, barulah aku perhatikan perfomance komputer aku bertambah elok.

5. Banyak icon di bahagian desktop.

Pernah berlaku macam ni kat korang??. Aku tak pernah alami sebab kawan aku ada cakap bila terdapat banyaj icon dibahagian desktop akan melambatkan sistem komputer. So, untuk itu elakkan meletakkan icon yang jarang digunakan, fail-fail dan sebagainya dibahagian desktop. Buatkan folder supaya dapat simpan fail yang pada korang kita akan guna selalu contohnya tugasan, laporan dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment