Saturday, April 10, 2010

Smallblueprint membantu design rumah

Ini adalah sample design yang telah dibuat. Ia bukan digunakan dengan menggunakan autocad atau Rhino. Tapi ia menggunakan design secara online.

Aku menggunakan SMALLBLUEPRINT bagi membuat rekaan seperti seorang arkitek. Didalam website ini kita diberi 4 pilihan iaitu design, isometric, 3D walkthrough dan print.

OK. Aku cuba bagi sedikit penerangan mengenai smallblueprint.

1. Design
Didalam ruang design, kita akan design mengikut citarasa kita. Disini kita akan diberi beberapa icon seperti wall, window dan door.

2. Isometric view.
Pada bahagian ini, kita akan dapat melihat design kita dalam pandangan isometrik. Dengan cara ini kita dapat melihat secara penuh keadaan sesuatu design.

3. Walkthrough.
Dibahagian ini pula, kita akan akan bergerak dengan mengunakan anak panah (arrow) pada keyboard untuk kita melalui setiap pelusuk ruang yang kita bina.

4. Print.
Kita boleh mencetak pada bahagian ini untuk melihat hasil design kita.

Secara keseluruhannya, kita boleh menggunakan website ini untuk membuat draf sesuatu design rumah atau sebagainya. Setelah itu, kita boleh menggunakan perisian autocad atau rhino.
SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment